Kaki bodek dah tak relevan dalam UMNO – Khairuddin


KHAIRUDDIN_ABU_HASSAN_150115_TMINAZIRSUFARI_04

Kaki bodek UMNO yang tidak mempunyai fakta diminta tidak masuk campur, isu 1MDB tidak ada kena mengena dengan UMNO, ianya bukan syarikat milik UMNO

(Free Malaysia Today) – Golongan kaki bodek sudah tidak relevan lagi di dalam UMNO, rakyat pun menyampah dengan pemimpin berminda lemah, kata Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

“Jangan nak serbu secara membabi buta…nanti buruk padahnya,” tegas beliau berhubung amaran Ketua UMNO Bahagian Ampang Dato Ismail Kijo berkaitan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB). (Sila rujuk)

Beliau menyifatkan Ismail sebagai seorang yang, “lemah minda serta bangang” seterusnya mengingatkan,”Kalau nak mengampu pun berpada-padalah…”

Khairuddin yang menjelaskan bahawa segala tindakannya tidak pernah dipengaruhi mana mana pihak, menegaskan bahawa perjuangannya adalah untuk menegakkan kebenaran semata-mata demi menyelamatkan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

Sebagai pembayar cukai dan rakyat yang bertanggungjawab, tambah beliau, kita mesti tentang segala bentuk kemungkaran di negara ini jika mahukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan di sanubari rakyat.

“Apa yang Ismail Kijo tahu pasal 1MDB? Datuk Ismail Kijo yang tidak tahu menahu isu 1MDB disarankan duduk diam-diam saja!

“Kaki bodek yang tidak mempunyai fakta macam ni jangan masuk campur. Isu 1MDB tidak ada kena mengena dengan UMNO dan ianya bukan syarikat milik UMNO,” tegas beliau lagi.

Beliau yang bertanyakan jika Ismail faham mengenai asas pertikaian dalam 1MDB itu berkata bahawa dalam laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau mohon pihak berkuasa menyiasat ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dana dan kewangan 1MDB.

Khairuddin seterus berkata, pembohongan dilakukan oleh 1MDB dari semasa ke semasa termasuk pada 13 Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB menyatakan bahawa mereka telah membawa pulang RM8.3bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman. Namun, kemudiannya mengatakan untuk tidak membawa pulang wang tersebut pula.

Beliau berkata, 1MDB tidak boleh terus-terusan menyangka mereka boleh memperbodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab umpamanya, mengatakan kedudukan kewangan 1MDB kukuh sedangkan sudah tiga kali mereka menunda dan gagal membayar hutang Maybank dan RHB Capital Bhd.

Malah, beliau menegaskan bahawa kenyataan Arul Kanda Kandasamy pada 13 Januari itu berunsur fitnah dan tipu secara jelas kepada keseluruhan rakyat di negara ini.

”Kemungkinan kerana Ismail Kijo yang minda lemah ini tidak faham persoalan yang saya tujukan kepada1MDB… kenapa CEO 1MDB yang baru ini cakap berbelit-belit untuk mengelirukan rakyat!” soalnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...