Bekas pemimpin PKR Gobalakrishnan ditahan selepas dakwaan di Twitter


img100.imageshack.us_img100_4359_gobalakrishnan

(The Malaysian Insider) – Bekas ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Abdul Rahman Ahmad berkata bekas anggota parlimen dari PKR berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada 3.30 petang selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan.

“Dia dibawa balik ke IPD Timur Laut dan polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah esok bagi membolehkan kami merakam keterangan serta melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Februari menulis: “Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs”.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun twitternya semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai tohmahan serius kepada pasukan polis dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Abdul Rahman berkata polis membuka tiga kertas siasatan iaitu menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik bekas anggota parlimen itu,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...