PKR Kelantan tak puas hati dengan PAS


pkr-pas-kelantan

Ketika PAS dan PKR bergabung di Kelantan tahun 2008, PAS berjanji akan berlaku adil.

(Free Malaysia Today) – Tidak cukup dan kami mahu lebih. Itulah tuntutan PKR Kelantan terhadap PAS Kelantan yang tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi pihak berkuasa tempatan.

PKR Kelantan mendakwa kerajaan PAS negeri hanya memperuntukkan tiga daripada 23 kerusi Ahli Majlis untuk diisi dalam pentadbiran Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Majlis Daerah Rantau Panjang (MDRP).

Pemimpin PKR cawangan Bandar Pasir Mas, Zulkifli Kamaruddin memberitahu, PKR negeri itu selalu dianak-tirikan oleh kerajaan PAS dari segi jumlah calon untuk pilihan raya umum, pelantikan Penyelaras DUN mahupun Ahli Majlis Majlis Daerah di Kelantan.

Ia terbukti atanya, apabila proses pelantikan Ahli Majlis Majlis Daerah bagi dua daerah itu, PAS Kelantan hanya melantik dua dari PKR untuk MDPM dan seorang lagi untuk MDRP, sedangkan PAS menguasai 20 kerusi di dua Majlis Daerah itu.

“Dalam pelantikan kelmarin, PAS melantik 10 ahli mereka untuk kerusi Ahli Majlis MDPM dan 10 lagi bagi memenuhi kerusi Ahli Majlis MDRP, sedangkan PKR hanya tiga orang sahaja.”

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...