PAS berkeras laksana Hudud


Dr Mahfodz Mohamad

PAS tetap mahu melaksana undang-undang Hudud di sebalik kekangan yang diterima daripada sekutu parti pebangkang, DAP.

(Free Malaysia Today) – PAS selaku parti yang bertunjangkan agama Islam sepenuhnya di negara ini akan hanya akur pada perintah Allah dan bukan tentangan yang diterima daripada parti pembangkang yang lain.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini memberitahu, hukum hudud sebagai satu syariat Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Pas dan harus dilaksanakan.

“Undang-undang hudud diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 dan ia tidak dibuat secara tergesa-gesa,” katanya dalam laporan itu.

Kelmarin, Timbalan Menteri Besar Kelantan,  dalam akhbar yang sama dilaporkan akan membincangkan sebarang panduan mengenai rang undang-undang Islam dalam mesyuarat pakatan pembangkang terlebih dahulu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...