Sikap pemimpin DAP, PKR mengecewakan PAS


pas-perak

Sebagai ahli politik, mereka harus sensitif tentang isu ini.

(Free Malaysia Today) – PAS Perak menganggap rakan PR mereka tidak sensitif terhadap keputusan parti yang tidak mengiktiraf Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) apabila beberapa pemimpin utama PKR dan DAP turut serta dalam program anjuran Pasma, Ahad lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, beliau kecewa dengan kehadiran Pengerusi PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar apabila mereka terlibat dalam forum anjuran Pasma di Taiping itu.

“Saya rasa kesal dengan penglibatan mereka (Muhammad Nur dan Sivakumar) dalam program Pasma itu.

“Perkara ini akan kita bangkitkan dalam mesyuarat pimpinan PR Negeri untuk dibincangkan,” katanya.

Menurut Razman, sebagai rakan dalam PR, beliau beranggapan PKR dan DAP memahami sensitiviti sesama rakan dalam PR tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Beliau berkata, ahli PAS sendiri dilarang oleh PAS Pusat untuk terlibat atau menghadiri program yang dianjurkan Pasma dan semua sedia maklum tentang perkara itu.

Menurutnya, jika terdapat ahli yang hadir, mereka dikira melanggar arahan parti.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...