Tiada yang sangka kelicikan Anwar – Ibrahim Ali


Ibrahim Ali

Kini masanya untuk rakyat Malaysia melupakan Anwar. Semoga beliau insaf, diberi kesihatan yang baik dan kembali ke pangkal jalan

(Free Malaysia Today) – Sudah ramai rakan-rakan tertipu dan dipermainkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bertahun lamanya dengan cara adu domba politik kotornya, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berharap keputusan lima kosong (5-0) hakim Mahkamah Persekutuan yang membawa Anwar kembali meringkuk di dalam penjara buat kali kedua akan memberinya keinsafan untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat

“Anwar bermula sebagai pejuang Melayu tetapi kini menjadi pelebur bagi bangsa Melayu dan dari pejuang Islam hingga menjadi pejuang pluralisme dan liberalisme serta dari pejuang nasionalisme kini menjadi pejuang yang memburukkan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan itu sahaja, Ibrahim juga menegaskan, tidak ada siapa yang sangka mengenai kelicikan Anwar yang sanggup membawa imej Islam sehingga membaca khutbah di mimbar masjid dan menjual nama-nama tokoh Islam serta mempamerkan wajah bersih dan akhlak mulia.

“Hebat sungguh, Anwar pandai mengunakan sentimen dan emosi rakyat sehingga akhirnya menghancurkan perpaduan ummah dan mengugat kestabilan negara,” katanya lagi.

Selain itu, Ibrahim yang juga pernah bersama Anwar sewaktu menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting menyatakan Anwar turut rela kemulian Islam dipersenda demi kepentingan politik dirinya.

“Dulu Anwar dikelilingi rakan-rakan pejuang Islam, tetapi kini dijulang oleh Tian Chua, R. Sivarasa, Tony Pua, Teresa Kok, dan bapa kepada rasis dan cauvinis iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta lain-lain,” jelas Ibrahim.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...