Ketiadaan Anwar, Nik Aziz semarakkan semangat PR – Penganalisis


anwar-nik-aziz

Ada bahayanya untuk Nuha sebagai pengganti Anwar di Permatang Pauh.

(Free Malaysia Today) – Pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan peristiwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat (PR).

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, menyifatkan peristiwa itu sama seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 apabila Anwar dimasukkan ke dalam penjara.

“Selepas Anwar dimasukkan ke dalam penjara, barulah Pakatan Rakyat akan semakin kuat,” ujarnya.

“Saya positif, dalam erti kata Pakatan Rakyat akan makin kuat, kerana generasi baru ini akan duduk dalam Majlis Ulama PAS dan juga akan duduk sekali dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Jelasnya lagi, walaupun terdapat beberapa gangguan, namun Abdul Rahman percaya ia akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih matang dan fokus.

“Gangguan yang saya maksudkan itu adalah mereka diugut dengan pelbagai jenis undang-undang, dan solidariti Pakatan Rakyat juga tergugat dengan set undang-undang negeri,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Abdul Rahman turut memberikan pandangannya mengenai masa depan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

“Azmin berpeluang untuk menjadi pemimpin yang hebat kerana Azmin boleh memimpin dan untuk Azmin menjadi seperti Anwar dan Nik Aziz memang tidak boleh.Tetapi ‘in the making’ Azmin boleh,” katanya.

Selain itu, beliau turut melihat Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin sebagai prospek pemimpin masa depan.

“Nurul Izzah dan Khairy berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri, kemungkinan untuk mereka berdua itu ada,” katanya lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...