Perarakan “Justice for Anwar” hambar


Demo

Tidak takut dengan ugutan Ketua Polis Negara yang dilihat bekerja secara terus melalui laman sosial di twitter.

(Free Malaysia Today) – Agak mengejutkan apabila mendapati perhimpunan “Justice for Anwar” yang dianjurkan parti pembangkang di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, didapati hambar.

Terdahulu, kumpulan penyokong Anwar diuar-uar akan berhimpunan di pusat beli-belah Sogo. Namun, kelihatannya perhimpunan yang bermula pada 4.30 petang di kompleks beli-belah itu tidak mendapat sambutan.

Hanya kira-kira 80 orang termasuk beberapa pemimpin yang hadir bagi menyokong himpunan yang diketuai bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

Antara yang hadir ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol, Ahli DAP, Syefura Othman (Rara), Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia, Safwan Anang dan Aktivis Mahasiswa, Adam Adli.

Nasib baik ada pembesar suara dan penyokong yang bergendang yang meriuhkan keadaan, serta sejumlah wartawan dari dalam dan luar negara, selain para pengunjung pusat beli-belah berhampiran yang kebetulan “meramaikan suasana”.

Perhimpunan tersebut bertujuan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara lterhadap kepada Anwar.

Mereka kemudiannya berarak dari Sogo ke kawasan Pudu walaupun pada asalnya merancang berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka, terpaksa mengubah haluan kerana dataran tersebut ditutup.

Sewatu berarak, tidak ada polis yang menghalang perarakan tersebut, mungkin kerana jumlah masih terkawal.

Bercakap kepada pemberita, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berharap rakyat akan turun pada Selasa depan untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...