Anwar mengadu sakit belakang


Nurul-Izzah_anwar

Nurul Izzah juga mendakwa bapanya mengalami susut berat badan sedikit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mengalami sakit belakang dan kehilangan berat badan sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh Selasa lalu, kata anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar.

Anak sulung Anwar yang juga Naib Presiden PKR berkata, “Ayah mengadu sakit belakang kerana keadaan di dalam sel. Berat badanya juga susut sedikit.”

“Tetapi semangat juangnya tetap tinggi,” katanya, lapor Sinar Harian.

Aduan Ketua Pembangkang dinyatakan semasa Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, melawat Anwar di penjara itu pada Jumaat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...