Rafizi samakan Shafee Abdullah dengan Abu Jahal


Shafee-Rafizi

Abu Jahal suka bersumpah di hadapan Kaabah dan sumpah bukan sebahagian daripada Islam.

(Free Malaysia Today) – Tindakan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyatakan bahawa beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes liwat II kerana percaya ketua pembangkang itu sememangnya bersalah disifatkan sama seperti Abu Jahal.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa, sumpah tidak termasuk dalam syariat Islam.

Sebab itu katanya, sejak awal PKR mengelakkan daripada bersumpah selepas mendapat pandangan ulama.

“Orang yang suka menilik nasib dan bersumpah adalah Abu Jahal. Abu Jahal suka bersumpah di hadapan Kaabah. Sumpah bukan sebahagian daripada Islam,” ujarnya sewaktu ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Rafizi turut menyatakan orang yang suka bersumpah adalah orang yang tidak takut kepada Allah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...