Anwar ditawar jadi timbalan perdana menteri, 4 jawatan menteri, kata Rafizi


rafizi

(The Malaysian Insider) – PKR mempertahankan dakwaan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu malah ditawarkan empat jawatan menteri.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tawaran menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah rekonsiliasi nasional selepas PRU dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah.

Tawaran itu sebelum ini didedahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah semasa satu ceramah di Pulau Pinang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempersoalkan dakwaan itu dan mengatakan kenyataan Nurul itu tidak boleh dipercayai.

“Kenapa buat dakwaan ini selepas dua tahun? Kita (BN) adalah majoriti semasa PRU lalu jadi kenapa kita perlu tawarkan jawatan nombor dua kepada individu yang kalah,” soal ketua Pemuda Umno itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Twitter berkata: “BN tawarkan jawatan TPM kepada Anwar yang kalah empat PRU berturut-turut? Nurul, kawal diri anda! #Drama”.

Rafizi hari ini berkata, tawaran Najib itu dibuat dengan syarat PKR perlu memutuskan hubungannya dengan DAP dan PAS.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...