Perhimpunan sambut Anwar ‘keluar’ penjara tidak dapat sambutan


anwar-ibrahim

Bantahan yang kuat hari ini boleh dilihat melalui media sosial.

(Free Malaysia Today) – Perhimpunan diadakan oleh penyokong Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘keluar’ daripada penjara bagi memberi keterangan berkenaan samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri, Anifah Aman tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tinjauan Free Malaysia Today sehingga jam 10.30 pagi mendapati hanya ada kira-kira 30 orang penyokong PR berada di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas berkenaan perkara itu berkata, bantahan terhadap sistem kenegaraan di negara ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.

“Bantahan yang kuat hari ini boleh dilihat melalui media sosial. Mungkin sebelum ini rakyat terpaksa turun bagi mendapatkan maklumat tetapi kini mereka tidak perlu untuk mengembara dari semua tempat seperti Sabah, Sarawak atau tempat lain bagi mendapatkan maklumat.

“Perkara menggunakan sosial media ini perlu diteliti bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat dan ini sedang dipertingkatkan bagi memberikan kefahaman dan kesedaran rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai PAS Selangor yang berharap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri tidak terlibat dengan program-program Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) semalam, Azmin berkata PR sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap pandangan dari semua pihak yang menerima dasar perjuangan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...