The Unity-Government talks in London confirmed
Why did Dr Syed Azman not deny that article of 13 months ago? Is it because his name was not mentioned in Zulkifli’s article but it was mentioned in mine — so he needs to rebut my article but remains silent regarding the earlier article of 13 months ago?
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Dr Syed Azman Syed Ahmad of PAS has confirmed that talks between Umno, PAS and PKR were held in London. He also confirmed they were disappointed that the PAS President did not attend the meeting without informing them beforehand that he would not be attending. He also confirmed that the PAS Secretary-General and Abdul Hadi Awang’s Political Secretary attended instead.
READ DR SYED AZMAN’S FULL STATEMENT HERE
Dr Syed Azman denied some of the revelations in my article (READ THE ARTICLE HERE) while he kept silent regarding some others: such as Anwar Ibrahim pulling Hadi aside to discuss the London trip and the meeting with Umno.
Dr Syed Azman also did not talk about the role of Jusof Kalla in this whole thing, the Indonesian leader who played the role of middleman and who was later very angry with Anwar for violating the ‘agreement’. And what exactly was this ‘agreement’? Was the breakdown in the talks due to Anwar pushing for a Unity-Government while Prime Minister Najib Tun Razak only agreed to a ‘Konsensus Nasional’ and not to a Unity-Government?
Nevertheless, while admitting that the meeting did take place, and admitting that Hadi was unexpectedly absent, Dr Syed Azman disputes what I said about the reason for the meeting. He gave an entirely different reason for the meeting.
Okay, so this is now an I-say-he-says situation. It is one person’s word against another. So let us see what a third and independent party has to say about what really happened.
One month after the meeting, on 30th January 2014, Zulkilfi Sulong (one-time Editor of Harakah, the PAS party newspaper) wrote the following piece in The Malaysian Insider, ‘Kerajaan perpaduan’ Najib: Jangkaan presiden PAS benar belaka, which you can read below. (And note that The Malaysian Insider never lies).
Basically, for those not proficient in Bahasa Malaysia, the long and short of Zulkifli’s and The Malaysian Insider’s article of 13 months ago, and one month after the meeting, is that the meeting was not regarding what Dr Syed Azman said it was about. It was about what I revealed.
Now, this was what Zulkifli wrote 13 months ago and just one month after the meeting. And Zulkifli said the meeting was about the Unity-Government, or ‘Kerajaan Tanpa Pembangkang’ (government without any opposition), which Najib disagreed with and said the Cabinet only agreed to a ‘Konsenus Nasional’.
Why did Dr Syed Azman not deny that article of 13 months ago? Is it because his name was not mentioned in Zulkifli’s article but it was mentioned in mine — so he needs to rebut my article but remains silent regarding the earlier article of 13 months ago? I suppose this is the normal tactics of politicians.
When found out: deny, deny, deny…and ask the accuser to prove it.
*************************************************
‘Kerajaan perpaduan’ Najib: Jangkaan presiden PAS benar belaka
Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider (30th January 2014)
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah orang yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Tanpa Pembangkang selepas letih menghadapi pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum 2008. Beliau berkata, semua yang terpilih dalam pilihan raya perlu memberikan tumpuan kepada khidmat kepada rakyat dan melupakan titik bengit politik.
Namun, apabila wakil perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu menemuinya untuk membincangkan versi baru gagasan ini iaitu “Rekonsiliasi Nasional” di London awal bulan ini, Abdul Hadi tidak mahu menyertainya. Beliau hanya menghantar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar untuk bertemu Zahid walaupun ketika itu beliau sudah berada di London.
Ia amat mengejutkan namun terbukti ketidakyakinan Abdul Hadi terhadap kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan kerajaan perpaduan ternyata benar. Ini dibuktikan melalui kenyataan yang dibuat Najib selepas mesyuarat Kabinet semalam. Dalam kenyataan itu, Najib berkata: “Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuh dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara.”
Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara. “Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain,” kata Najib.
Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dibuat lewat petang semalam itu, Najib berkata, rekonsiliasi nasional tidak ada kena mengena dengan kerajaan perpaduan. “Ingin saya tegaskan di sini, rancangan ini bukan termasuk pembentukan Kerajaan Perpaduan. “Namun, kita mesti melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti dan majlis,” kata Najib dalam kenyataannya.
Jadi, yang beriya-iya benar mahu dibincangkan oleh Zahid sehingga mengejar Abdul Hadi ke London nampaknya untuk mengadakan mesyuarat antara BN dan Pakatan di Parlimen dalam bentuk aktiviti dan majlis sahaja. Kalau setakat itu sudah tentu ia hanya membuang masa sahaja. Ia jauh berbeza dengan inisiatif yang dibuat oleh Tun Razak Husein, ayah Najib, selepas negara terjerumus dalam kancah 13 Mei 1969 lalu.
Inisiatif Tun Razak berjaya membawa PAS ke dalam kerajaan dan akhirnya membentuk Barisan Nasional. Tetapi, usaha Najib hanya setakat perbincangan bi partisan sahaja bukan ke arah kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi dahulu.
Benarlah tanggapan pelbagai pihak bahawa apa yang dibuat Najib adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober. Beliau terpaksa menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain. Namun beliau tidak ada kekuatan untuk meyakinkan Kabinet beliau sendiri bahawa: “Kita perlu bergabung dengan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan yang kuat” walaupun itulah mesej yang dihantar oleh wakil beliau, Jusof Kalla kepada Anwar sebelum ini.
Benar beliau memerlukan perpaduan dengan Pakatan Rakyat tetapi Najib tidak cukup kuat untuk meyakinkan Kabinetnya sendiri tentang keperluannya. Benar beliau berjanji: “Dalam beberapa bulan ini, kamu akan lihat perubahan yang akan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan menjadi negara yang lebih kohesif.”
Tetapi apakah beliau ada kekuatan untuk melaksanakannya dan tanggapan awal presiden PAS mengenainya terbukti benar. Dan mungkin benarlah juga ramalan kolumnis Bloomberg, William Pesek: “Are Najib’s days numbered in Malaysia?” atau “Adakah hari-hari akhir Najib sudah hampir tiba?”.