Kisah Anwar digigit nyamuk menggelikan hati – Bekas banduan


Penjara

Di mana-mana pun ada nyamuk dan nyamuk itu pun bukan gigit Anwar sahaja, banduan lain pun digigit nyamuk juga

(Free Malaysia Today) – “Saya tergelak apabila baca cerita Wan Azizah tentang tidur Anwar (Ibrahim) terganggu sebab nyamuk.

“Agaknya pada fikiran Wan Azizah, penjara itu satu tempat yang selesa ke?,” perlahan tutur kata Shidi ketika ditemui di sebuah gerai.

Shidi merupakan bekas banduan Penjara Kajang pada akhir tahun 1980an dan kini bertugas sebagai seorang penyelia.

Sambil memandang penulis, Shidi berkata, tidak ada sesaat pun yang indah ketika ‘menginap’ dalam penjara kecuali menunggu masa lawatan keluarga semasa Hari Raya dan ketika hendak dibebaskan, lapor MalaysiaGazette.

Beliau yang menjalani hukuman hampir dua tahun berkata, tanyalah kepada mana-mana bekas banduan pun, mereka pasti mengakui bahawa hati, fikiran berkecamuk dan seluruh deria seolah-olah meronta-ronta sebaik sahaja kaki melangkah ke pintu masuk penjara.

“Kebebasan, keselesaan dan kegembiraan hidup yang dinikmati di luar hampir tiada di dalam penjara. Yang ada adalah tembok yang mengelilingi kami. Siang atau malam sama sahaja bagi kami.

“Setakat nyamuk, bau yang kurang menyenangkan itu biasalah. Nama pun dalam penjara.

“Di mana-mana pun ada nyamuk dan nyamuk itu pun bukan gigit Anwar sahaja, banduan lain pun digigit nyamuk juga,” katanya sambil menghirup air kopi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...