Bentang Hudud 18 Mac, isyarat PAS keluar Pakatan – Gobind


gobind-hudud

PAS mesti menghormati Dasar Bersama Pakatan Rakyat, ia juga mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan

(Free Malaysia Today) – Rang-undang-undang Hudud yang bakal dibentang oleh kerajaan negeri PAS Kelantan pada sidang DUN negeri itu 18 Mac nanti tidak mempunyai sokongan Pakatan Rakyat.

Ini kerana undang-undang Hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah pembentangan rang undang-undang itu juga bertentangan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini.

Demikian kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam kenyataannya, sambil menegaskan bahawa kedegilan kerajaan PAS Kelantan meneruskan pembentangan tersebut mengisyaratkan bahawa PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat, lapor Roketkini.com.

“Saya menyeru PAS untuk menunjukkan komitmen kepada Pakatan Rakyat.

“PAS mesti menghormati Dasar Bersama Pakatan Rakyat, ia juga mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan,” tegas Ketua Biro Undang-undang DAP itu.

Menurutnya, tindakan PAS meneruskan rancangan membentang rang undang-undang tersebut adalah langkah serangan terbuka terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Jika demikian, pimpinan PAS di belakang langkah tersebut mesti berani mengaku bahawa mereka menolak PAS untuk bercerai dengan Pakatan,” ujar Gobind.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...