Jangan “ditelan babi” dalam pakatan – Dr Zuhdi


Dr-Mohd-Zuhdi-Marzuki

Apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya individu yang menjadi pemimpin boleh menyesatkan orang lain.

(Free Malaysia Today) – PAS perlu kembali kepada usaha menegakkan Islam yang dipimpin oleh ulama, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Beliau berkata, apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya individu yang menjadi pemimpin boleh menyesatkan orang lain.

“Atas sebab itulah, dalam konteks kita berhadapan dengan politik malaysia, kita mengambil sebab bertahaluf. Perlu lihat dengan siapa kita bertahaluf, ini satu keputusan yang besar dibuat oleh Masjlis Syura,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan usul yang bertajuk Gerakan Islam Pasca Arab Spring semasa Multaqa Ulamak Se-Malaysia kedua di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya.

Mengulas lanjut, Zuhdi berkata, antara tahaluf siyasi yang dijalankan oleh parti itu ialah bersama parti DAP dan PKR dengan golongan yang lahir pada 1970-an tahu mengenai kedua-duanya secara ideologi dan perjuangan.

“Dalam PKR ini ada kumpulan Islam, ada bekas-bekas UMNO, ada pejuang hak asasi manusia.

“Kedua-dua rakan Pakatan Rakyat ini ada proksi hubungan dengan ngo (pertubuhan bukan kerajaan), antara ngonya seperti Sister In Islam, Comango,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...