PAS tidak akan tunduk pada desakan DAP – Mahfodz


Mahfodz

Tidak ada kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, bukan presiden tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya membuat pakatan.

(Free Malaysia Today) – PAS tidak akan tunduk pada desakan DAP yang ingin menghalang undang-undang Hudud daripada dilaksanakan di negeri Kelantan, kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Katanya, Dewan Ulama tidak berganjak dengan pendiriannya untuk melaksanakan undang-undang Hudud kerana ia merupakan arahan daripada Allah S.W.T.

“Kenapa kita perlu ikut DAP kerana dasar mereka tidak lain, iaitu mahu ke Putrajaya.

“Kita memang mahu tetapi bukan sekadar menang. Ulama tidak terima apa alasan kerana kita perlu tegakkan arahan Allah S.W.T,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungannya pada Multaqa Ulamak Se-Malaysia kali kedua di Stadium Tertutup MPSJ , Serdang Jaya di sini hari ini.

Pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan menjadi isu besar dan berpanjangan kerana ia ditentang rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...