Politik jalanan tidak laku lagi


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_AspanAlias_zpsad6a015f

Aspan Alias

Demonstrasi jalanan bukan lagi budaya politik menentang kerajaan pada hari ini. Zaman berdemonstrasi sudah mula reda dan tidak mungkin menjadi perkara biasa lagi kerana rakyat sudah mula terasa letih dengan demonstrasi jalanan. Penghakiman terhadap Anwar pada 10hb yang lepas menunjukan dengan jelas yang penyokong Ketua Pembangkang itu tidak lagi mempunyai keupayaan untuk mendapatkan sambutan ramai. Walaupun Anwar sendiri telah menjelajah seluruh negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat, sambutannya nampak sangat sudah berkurangan.
Semalam kumpulan mahasiswa yang mewngadakan perhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak mendapat sambutan dan brerakhir dengan penahanan pemimpin mahasiswa itu buat kedua kalinya. Jelas mengadakan perhimpunan tidak lagi menjadi cara untuk mendapatkan perhatian umum dalam politik hari ini.
Penjelajahan Anwar yang terakhir ialah di padang Jalan Timur, Petaling Jaya pada 9hb februari, Petaling Jaya dan kehadirannya tidak seramai yang diharapkan walaupun isu Sodomi 2 ini cuba diperbesarkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Hanya 2000 orang sahaja yang hadir dan jumlah itu tidak cukup untuk membina aura penentangan yang kuat terhadap kerajaan. Tujuan untuk memindahkan pandangan orang ramai untuk mengkritik sistem Kehakiman negara tidak berjaya sepenuhnya.
Jumlah 2000 orang itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan besarnya isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang termasuk Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa orang pemimpin PAS seperti Mat Sabu dan yang lain. Pada tahun 1998 dahulu, ratusan ribu manusia terus berbaris ke Seri Perdana di hari pemecatan Anwar sebagai ahli UMNO pada malam itu juga. Jika ada yang masih merasakan yang aura sokongan manusia di negara ini untuk Anwar jelas telah merudum dan tidak akan kemana-mana selepas ini.
Ada beberapa sebab penting kenapa Anwar tidak boleh lagi menjadikan demonstrasi jalanan untuk menunjukan kekuatan beliau.
Walaupun Anwar tampil kedepan sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dimerata tempat dengan ucapan yang berapi yang beliau tidak akan tunduk dengan tekanan politik terhadap beliau dan ketiadaan beliau tidak menjejaskan usaha membawa rakyat mara ke depan menentang kerajaan.
Sampai ke hari ini pemimpin-pemimpin pembangkang masih lagi menjual isu yang sama dengan nada yang sama yang sudah tidak menjadi isu lagi. Malahan setengah dari pemerhati politik tanahair menjangkakan isu Anwar dengan pensabitan beliau dengan kesalahan meliwat ini tidak akan pergi ke mana-mana dan ada yang mentafsirkan keadaan ini menunjukan yang Anwar sudah beransur-ansur menjadi ‘spent force’ politik dan dalam jangka masa yang pendek sahaja Anwar tidak akan mampu untuk membawa penyatuan terhadap kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Sebab yang paling ketara sekali ialah minat dan sokongan orang ramai telah mula pudar semenjak pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin DAP dan PAS beberapa ketika dahulu hasil dari perbezaan dalam sudut perjuangan parti-parti itu yang berbeza dan tidak sependapat dalam banyak isu. Pertelingkahan terbuka pucuk pimpinan PAS dan DAP sesungguhnya membuatkan penyokong PR dan mereka yang duduk diatas pagar telah meninggalkan minat mereka untuk menyokong itu jauh kebelakang.
Kita boleh lihat unit amal PAS tidak lagi menampakkan kehadiran mereka dalam setiap ceramah PKR mahu pun DAP sejak kebelakangan ini dan dari psikolojinya sahaja ia telah meranapkan aura sokongan terhadap mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat itu. Pemimpin yang masih bergelora dengan kenyataan dan kritikannya terhadap kerajaan BN sekarang ini hanyalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja dan tidak ada kecenderungan pemimpin Melayu Islam yang kedepan secara ganas untuk membawa dan menyambung kerja buat Anwar dahulu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...