DAP boleh keluar Pakatan Rakyat – Takiyuddin


Takiyuddin Hassan

(Free Malaysia Today) – Pertikaian antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan hukum Hudud semakin berlarutan tanpa menampakkan penyelesaian atau reda.

Dalam perang retorik terbaru, PAS menegaskan, ia tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya mereka tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada 2008 bukan kepunyaan DAP.

“Pakatan pembangkang bukan kepunyaan DAP, pakatan pembangkang tidak ada ketua, kalau dia (DAP) tak setuju dia keluar dari pakatan rakyat, kenapa suruh kita keluar dan dia tidak boleh keluarkan kita (PAS),” katanya, lapor Bernama.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat
Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, berkata demikian mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berhubung pelaksanaan hudud di negeri ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...