Mat Sabu masih ‘hilang’, tidak dapat dihubungi


mat sabu

Pada 23 Februari, laman Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ mendedahkan suara seorang lelaki, dipercayai milik Mat Sabu memberikan taklimat memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS.

(Free Malaysia Today) – Timbalan Presiden PAS Pusat, Mohamad Sabu masih lagi ‘hilang’ tanpa memberi sebarang jawapan setelah tiga hari pendedahan audio suara mengaitkan dirinya memburukkan dan cuba menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebar di media massa dan laman sosial.

Sehingga kini, cubaan Free Malaysia Today (FMT) menghubungi Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu untuk mendapatkan penjelasan tentang audio mirip suaranya, gagal.

Usaha menghubungi beberapa ahli tertinggi PAS iaitu Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk mendapatkan ‘khabar’ Mat Sabu turut menidakkan mereka dihubungi olehnya.

Cuma, Mahfuz mengakui ada berjumpa Mat Sabu sewaktu mesyuarat namun tidak membincangkan apa-apa.

“Kami akan tubuhkan jawatankuasa bebas untuk membuat siasatan berkenaan perkara ini,” kata Mustafa yang enggan mendedahkan ahli anggota jawatankuasa bebas tersebut.

Mat Sabu didapati hilang secara sengaja atau sebaliknya selepas laman Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ mendedahkan klip audio Mat Sabu memberikan taklimat untuk memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS pada 23 Februari yang lalu.

Laman Facebook tersbut kini menjadi akaun paling popular kumpulan pro ulama selepas laman El-Haraki.

Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dipercayai milik Mat Sabu memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...