Macam mana nak minum teh dengan tangan bergari?– Ibrahim Ali


ibrahim ali

Ibrahim juga mempersoalkan jika Anwar layak duduk semeja dengan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan begitu

(Free Malaysia Today) – “Saya yang tidak menjadi banduan pun tidak mudah untuk menghadap, apatah lagi mahu minum teh dengan Yang di-Pertuan Agong, kata Datuk Ibrahim Ali yang menempelak tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mahu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir minum petang bersama Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) itu turut mempersoalkan bagaimana Ketua Pembangkang itu ingin minum teh jika tanganya bergari.

“Anwar nak pegang cawan untuk minum macam mana? Prosedur Operasi Standard (SOP) banduan, apabila dibawa keluar dari penjara mestilah dengan keadaan tangan bergari.

“Apakah Anwar layak duduk bersama dengan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan tangannya bergari. Yang di-Pertuan Agong adalah Raja Payung negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT,” katanya.

Ibrahim juga berpendapat seorang banduan tidak boleh duduk semeja dengan Yang di-Pertuan Agong dan itu adalah hakikat dan beliau tidak berniat untuk menghina sesiapa.

“Saya ingin memberitahu kepada Nurul Izzah, ada masanya bapanya boleh minum teh dengan Yang di-Pertuan Agong selepas ini, seperti apabila tiba rezeki daripada Allah,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...