Ada barua dalam PAS – Nik Abduh


20130623_Pasir_Mas_Nik_Mohamad_Abduh_Nik_Abdul_Aziz_840_560_100

Kelompok barua dikesan cuba memisahkan pemikiran Hadi Awang dan Allahyarham Nik Aziz

(Free Malaysia Today) – Wujud kelompok dilabelkan sebagai ‘barua’ dalam PAS yang lebih wala’ (ketaatan kepada pimpinan) Pakatan Rakyat (PR) berbanding terhadap perjuangan sebenar PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Beliau berkata, kelompok ini dikesan cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bapanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu mereka berusaha memecah-belah parti agar menyimpang daripada perjuangan sebenar telah wujud sejak beberapa tahun kebelakangan.

“Lebih kurang lima tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk ‘Kerja-kerja bodoh dalam PAS’ sewaktu arwah Tuan Guru ayah saya (Nik Abdul Aziz) berada di Makkah,” katanya.

Beliau menambah, “Ia menjadi kekecohan di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon Tok Guru arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.”

“Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis adalah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha untuk memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah ‘Kerajaan Perpaduan’ terhadap Presiden PAS,” katanya ketika berucap merasmikan Nadwah Pemerkasaan Du’at (Nekad) 6.0 di Markas Pas Masjid Tinggi, lapor Sinar Harian.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...