Najib Perdana Menteri Malaysia paling lemah – Zaid Ibrahim


Zaid Ibrahim

Keengganan UMNO mencabar Presiden menyumbang kepada kelemahan keseluruhan pada peringkat kepimpinan Barisan Nasional.

(Free Malaysia Today) – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah yang paling lemah sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Dakwanya, keengganan UMNO untuk mencabar presiden mereka sekalipun Najib membawa bencana telah menyumbang kepada kelemahan keseluruhan pada peringkat kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian merujuk kepada tarikh 8 Mac di mana Ketua-Ketua Bahagian UMNO mengadakan mesyuarat dan kebanyakannya akan berikirar menyatakan sokongan ‘penuh’ mereka untuk presiden.

“Ini ialah kelemahan penipuan pemimpin Barisan Nasional. Inilah sebab kenapa Presiden UMNO boleh memerintah selama-lamanya, walaupun beliau sebuah bencana seperti yang ada kini.

“Tidak ada siapa yang berani untuk mencabarnya kerana ia tidak dibuat menerusi parti yang autokratik ini,” katanya menerusi entri terbaru di www.zaid.my.

Zaid berkata, Najib bertanggungjawab membawa kepada pengenalan semula Hudud oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan turut melihat ia suatu perkara yang tidak akan dilihat dari mana-mana perdana menteri yang mengetuai negara.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...