Pemimpin PAS dipukul di Shah Alam


dzulkefly-ahmad-attack_400_260-300x195

(BNBBC) – Pemimpin PAS Pusat dari kelompok yang digelar ‘Anwarinas’ Dr Dzulkefly Ahmad dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam awal pagi Khamis.

Berikutan kejadian itu, Dr Dzulkifli itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

Laporan portal The Malaysian Insider menyebut bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar mengesahkan kejadian itu.

“Salah seorang daripada mereka sempat berkata ‘kenapa kurang ajar’ ketika mereka memukul Dr Dzul,” kata Kamarudin.

14 Februari lalu, Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

 



Comments
Loading...