Barua bertembung ulama pada muktmar PAS Jun ini


Mohd-Puad-Zarkashi

Perpecahan dalam PAS ini adalah berpunca daripada pengaruh golongan pihak ketiga seperti Anwar Ibrahim dan juga DAP.

(Free Malaysia Today)- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menjangkakan akan berlaku pertembungan hebat antara golongan yang diistilahkan ‘barua’ dan juga golongan ulama di dalam muktamar PAS yang akan datang.

Kata beliau, konflik dalaman yang berlaku di dalam parti tersebut kini kian meruncing dan kritikal lantaran ia berlaku secara terbuka dan tidak lagi menjadi satu rahsia baik di kalangan ahli mahupun rakyat di negara ini.

“Apatah lagi perkembangan terbaru yang melihatkan pengarah strategi PAS, Dr. Dzulkifli yang dipukul oleh individu yang tidak dikenali. Sebelum ini, kereta Dr Hatta Ramli dibakar oleh puak yang tidak diketahui.

“Insiden yang berlaku ini bagi saya memperlihatkan bahawa konflik dalaman di dalam PAS kini bukan setakat hanya melalui kata-kata, tetapi ianya sudah berlarutan sehingga menggunakan kekerasan fizikal. Ini jelas membuktikan bahawa krisis dalam parti ini sudah sampai ke peringkat tidak terkawal,” jelasnya, lapor UMNO Online.

Beliau juga menyifatkan konflik dalaman yang berlaku di dalam parti tersebut merupakan konflik terburuk yang pernah dialami oleh PAS.

“Jika kita imbau kembali krisis yang berlaku pada tahun 1982, di mana Presiden PAS, Dr Asri akhirnya terpaksa meletakkan jawatan ekoran desakan daripada golongan ulama di dalam PAS waktu itu, golongan ulama PAS mahu mengambil alih pentadbiran daripada golongan bukan ulama.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...