Dilarang sertai #Kita lawan – Guan Eng


Lim-Guan-Eng

Semua ADUN PKR Pulau Pinang berada di kawasan sendiri, keutamaan harus diberi kepada rakyat.

(Free Malaysia Today) – Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekaligus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kesemua Adun Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan oleh sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.

“Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan esok merupakan pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat telah diarah supaya berada di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...