Hadi Awang boleh dicabar


Mujahid_Yusof_Rawa

Ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

(Free Malaysia Today) – Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.

Menurut Mujahid, secara tradisinya jawatan presiden PAS memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.

“Tetapi masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi,” kata Mujahid.

Beliau berkata, cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

“Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...