Tolak calon-calon PasMa


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PAS Cawangan Subang Jaya yang telah mengadakan mesyuarat jawatankuasanya yang pertama pada 6 Mac 2015 bersamaan 15 Jamadil Awal 1436 iaitu setelah Mesyuarat Agung Cawangannya yang ke 24 telah memutuskan:

Bahawa PAS Cawangan Subang Jaya, Kawasan Kelana Jaya dengan ini memutuskan untuk menolak calon-calon samada di peringkat Kawasan, Dewan-dewan, mahupun PAS Pusat yang terlibat secara langung dalam apa-apa aktiviti NGO yang bernama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau ringkasnya PasMa.

Ini berikutan ketegasan Presiden PAS di dalam Muktamar Tahunan PAS kali yang ke 60 di Batu Pahat tahun lalu yang telah melarang ahli-ahli PAS terlibat dalam menubuhkan “Jemaah” dalam “Jemaah”.

Ini juga bersesuaian dengan Surat Pekeliling Setiausaha Agung PAS bertarikh 15 Disember 2014 yang menyebut:

“Mesyuarata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat keputusan dan ketetapan seperti berikut iaitu bersetuju menerima pakai nasihat Majlis Syura Ulamak (MSU) agar pimpinan PAS disemua peringkat tidak melibatkan diri dengan PASMA.”

Oleh itu PAS Cawangan Subang Jaya menyeru agar semua ahli-ahlinya menolak mana-mana calon yang berkenaan samada yang menawarkan diri bertanding di peringkat PAS Kawasan mahupun di peringkat Pusat dalam pemilihan nanti.

Mudah-mudahan dengan ini PAS akan bersih dari sebarang anasir yang mahu memecah-belahkan serta memporak-perandakan kesatuan dan perpaduannya dalam mengejar cita-cita perjuangan untuk mendaulat dan melaksanakan Islam.

TERUS ISTIQAMAH

HJ ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Ketua PAS Cawangan Subang Jaya 



Comments
Loading...