Tuan Ibrahim sedia cabar Mat Sabu


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2011_05_Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-300x210

Memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS pusat.

(Free Malaysia Today) – Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan kesediannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu pada Muktamar PAS tahun ini sekiranya mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan untuk jawatan itu.

Beliau berkata, dua elemen utama yang diberi fokus oleh beliau sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.

“Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS pusat.

“Ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan Timbalan Presiden), saya akan tengok…saya akan istikharah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena pengumuman program Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga dekat Rusila di Marang.

Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.

Ditanya mengenai tindakannya menolak pencalonan dari PAS Kota Bharu untuk bertanding jawatan presiden, Tuan Ibrahim menjelaskan, ia berikutan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...