Hapuskan polisi utamakan Melayu – Zaid Ibrahim


SF_20140217_Zaid_Ibrahim_12_840_560_100

Polisi berdasarkan kaum telah menimbulkan lompang pembangunan dengan golongan miskin terus terabai

(Free Malaysia Today) – Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim menggesa hapuskan polisi utamakan Melayu sebagai langkah memerangi ekstremisme dan prejudis yang mewabak dalam Malaysia.

Menurut beliau, polisi utamakan Melayu yang diamalkan selama ini telah melahirkan pemimpin semua peringkat yang lemah dan korup.

Katanya, ia menyebabkan lahirnya orang Melayu yang terlalu tamak, tidak berteloransi dan bersikap kasar terhadap orang atau kaum lain.

“Niat baik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahankan. Ia merupakan jaringan keselamatan – tidak lebih, tidak kurang. Polisi-polisi kerajaan seharusnya tidak mendiskriminasikan antara kumpulan etnik, sama ada atas dasar agama atau kaum,” tulisnya dalam entri blog beliau, zaid.my yang berjudul No More Discrimination Please.

“Undang-undang antidiskriminasi mesti diperkenal,” katanya, dan menambah, “Ini merupakan mesej parti politik progresif yang perlu perjuangkan pada pilihan raya umum akan datang, ini mesej untuk mereka yang cintakan negara – dan ya, mereka yang mahu melihat Melayu ke depan.”

Zaid yang pernah menyertai PKR dan KITA menggesa supaya dilihat dan dinilai kesan kepada orang Melayu akibat dasar mengutamakan Melayu selama 50 tahun yang berjaya menghasilkan sekumpulan kecil golongan terlampau kaya dan terlalu ramai yang hidup di bawah paras miskin.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...