PAS tidak akan tangguh bentang Hudud


Mohd Amar Nik Abdullah

Isu yang dikhuatiri DAP hanya pendapat sendiri, tidak benar sama sekali

(Free Malaysia Today) – Rancangan Hudud akan tetap dibentangkan dan tidak ada sebarang perubahan dibuat kepada draf pindaan seperti yang dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS Kelantan tidak akan menangguhkan rancangannya untuk membentangkan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Dewan Undangan nNegeri (DUN) yang akan bersidang minggu depan semata-mata untuk menyenangkan hati DAP.

“Kita akan teruskan dengan meminda undang-undang berdasarkan draf tersebut pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang akan datang,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, Jumaat.

Menurut Mohd Amar kebimbangan yang disuarakan oleh Gobind Singh Deo jika apa yang dibentangkan oleh PAS Kelantan merupakan undang-undang baharu dan bukannya pindaan adalah pendapatnya sendiri.

Beliau menegaskan bahawa, isu yang di katakan oleh Pengerusi Biro Undang-undang DAP itu adalah tidak benar sama sekali.

“Apa yang kita bentangkan ialah pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan hanya tiga pindaan utama,” katanya lapor mStar Online.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...