‘Bastards. Real bastards. Royal my foot’…Tony Pua sila jawab


tonypua-bastards

(Agenda Daily) – Puak-puak ini sudah ‘over’ merasa mereka boleh apa saja sesuka hati atas semangat membara untuk bela seorang peliwat.

Dalam usaha untuk mempertahan kemungkaran jenayah keji Datuk Seri Anwar Ibrahim,anaknya Nurul Izzah hina habis-habisan badan kehakiman dalam Dewan Rakyat.

Selepas beliau ditahan bawah Akta Hasutan petang Isnin,rakannya orang kuat DAP pula dipercayai cuba hina pihak polis nak tunjuk geram kerana langkah berkenaan.

“Bastards. Real bastards. Royal my foot”, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menerusi twitternya.

“Royal” itu dipercayai merujuk kepada Royal Malaysian Police (PDRM).

Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Tony Pua akan dipanggil bagi penjelasan mengenai kata-katanya di twitter itu.

“Polis akan panggil YB ini (untuk) menjelaskan apa maksud beliau dengan ‘Royal my foot’. Adakah ditujukan kepada Raja-Raja Melayu?” kata Khalid di Twitter.

Sementara itu Tony Pua tiba-tiba telah padamkan perkataan “royal my foot” di twitternya.

Beliau bagaimanapun kekalkan perkataan Bastards. “Nurul Izzah arrested under Sedition Act”.

 



Comments
Loading...