DAP dan PKR Sabah pula putus hubungan dengan PAS


lajim-ukin-pkr-sabah

(Agenda Daily) – Pada Jumaat 27 Mac, DAP Sarawak keluar dari Pakatan kerana memprotes PAS hendak laksana Hudud di Kelantan. Hari ini, PKR dan DAP di Sabah juga mahu jentik telinga PAS negeri itu.

Kedua-dua parti di Sabah secara bersama mengumumkan langkah mereka memutuskan hubungan dengan PAS negeri itu.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) dan pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong di Kota Kinabalu.

Kata mereka tindakan itu diambil kerana PAS berdegil hendak laksana Hudud.

Sebelum ini, keputusan DAP Sarawak keluar dari Pakatan diumumkan oleh pengerusinya Chong Chieng Jen.

Beliau memberitahu keputusan itu mendapat persetujuan sebulat suara kepimpinan DAP negeri.

Baru-baru ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng umum keputusan DAP Pusat putuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sahaja.

Sabah

 



Comments
Loading...