DAP terdesak?


Pakatan Breakup

Arvin Tajari

Seperti yang diramalkan permuafakatan politik dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan bertahan lama. Bertitik tolak dengan perbezaan ideologi dan pegang perjuangan menyebabkan PR menjadi parti gabungan yang semakin lemah dilihat dan menunggu untuk retak.

Kenyataan beberapa pemimpin utama PR terutama dari DAP dan PAS yang saling sering menyerang antara satu sama lain mengeruhkan lagi keadaan yang ada. Kenyataan Lim Guan Eng yang jelas mengatakan Abdul Hadi tidak jujur dan tidak bermaruah menyebabkan kebencian di kalangan ahli-ahli PAS terhadap DAP.

Abdul Hadi yang sering kali menjadi bahan kritikan DAP ini ternyata menyemat sikap kurang puas hati dikalangan ahli PAS terutama golongan Konservatif yang kuat dalam PAS. Tanggapan bahawa golongan progressif akan menyokong kenyataan Lim Guan Eng sangat tersasar.

Ini apabila golongan yang dilihat progressif tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga kini. Di tambah dengan kenyataan Lim Kit Siang yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional seolah-olah menempelak kembali DAP. DAP yang menjadi sekutu dalam PR merupakan parti yang menentang idea Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh PAS.

Seperti menjilat ludah sendiri, Lim Kit Siang yang mencadangkan “the Save Malaysia Unity-Government” merupakan langkah pertama yang dibuat oleh DAP selepas PAS bersetuju membawa Rang Undang-Undang Syariah ke Parlimen.

Keputusan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS melalui siding DUN bersetuju dengan Enakmen Undang-Undang Syariah menjadi punca kepada ketidak senangan DAP terhadap PAS. Tindakan yang diambil oleh DAP selepas itu yang banyak menyerang peribadi Presiden PAS seolah-olah memberi petanda kepada masa depan PR.

Kianat adalah ungkapan yang sering kali digunakan oleh DAP untuk mengkritik PAS. Ini kerana, DAP menyatakan bahawa perkara berkaitan Hudud ini tidak pernah dibincangkan sesama rakan PR.  Tapi, perkara ini disangkal oleh YB Dr.Mohamed Fadzli Hassan  yang menyatakan Hudud telah pn dibentangkan dihadapan pemimpin PR sebanyak tiga kali. Tambahan pula, perjuangan PAS berkaitan dengan Hudud umum diketahui. Dan PAS juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak memperjuangkan Hudud selepas PR ditubuhkan.

Keretakkan yang berlaku dalam PR diburukkan lagi dengan tindakan DAP Sarawak yang mengumumkan keluar dari PR sebagai manifesto tidak puas hari dengan PAS. Berbeza dengan semenanjung Malaysia, PR di Sabah dan Sarawak tidaklah begitu kuat seperti mana PR di semenanjung. Ini kerana, dengan isu-isu yang wujud sebelum PRU 13, PR gagal memecah dominasi BN di Sabah dan Sarawak sehingga kedua negeri ini menjadi lubuk untuk BN menyambung kekuasaan mereka selepas PRU 13.

Terbaru, DAP dilihat semakin terdesak apabila Lim Kit Siang sekali lagi memberikan gambaran gabungan atau Pakatan terbaru yang melibatkan ahli-ahli politik Sabah dan Sarawak dalam agenda terbaru Gagasan yang dicanangkan oleh DAP. Ahli politik veteran DAP mencadangkan Nancy dan Datuk Rohani sebagai calon Perdana Menteri bagi Malaysia.

Keadaan yang berlaku sekarang jelas menunjukkan bahawa masa depan PR sudah boleh diramal dan diketahui dalam masa terdekat.

 



Comments
Loading...