The Man who can walk on Water, THe Hermit and The Fox


img341.imageshack.us_img341_4402_sakmongkol2

Dr Mahathir dan Ku Li, dua musuh tradisi kali ini bersatu dalam fikiran, menyatakan kepada Najib – sila berhenti, selamatkan Malaysia.

Sakmongkol AK47

Saya ada  memberitahu seorang pemimpin UMNO yang masih mahu berkawan dengan saya walapun saya parti DAP, bahawa there’s a method in Dr Mahathir’s madness.

Saya beritahu dia, Dr Mahathir ini methodical. Dia akan bedah satu persatu. Once he’s on to something, dia akan pursue it to the end.

DR Mahathir is on to kick out Najib. Dia akan berjaya. Kita telah lihat ini berlaku.

Sejarah akan buktikan bahawa kejayaan seorang pemimpin besar termasuklah menyediakan pengganti yang baik.

Selama ini, kita measure kejayaan Mahathir dalam bentuk Pak Lah dan Najib. Bila kita lihat Pak Lah dan sekarang Najib, kita kondem Mahathir sebagai gagal.

Sebenarnya measure greatness Dr Mahatir ialah dalam bentk 2 pemimpin yang sepatutnya Malaysia dapat – Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam. Ini dua orang yang ada keberanian bercakap apa yang perlu dpercakapkan.

Minat dan kepentingan saya ialah melhat orang yang ganti Najib itu yang adalah orang yang diperlukan Malaysia hari ni. Seorang yang boleh meletakkan Malaysia on an even keel dengan foundasi yang diperkukuhkan.

Malaysia memerlukan kombinasi kepimpinan yang tegas dan pengasih pada waktu yang sama – yakni tegas melalui rule of law, jalankan dasar ekonomi untuk negara, asas social untuk seluruh bangsa Malaysia, keadilan untuk Sabah dan Sarawak.

Hanya ada seorang sahaja yang fit the bill. Orang itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Disini ada seorang pemimpin yang sedia bertegas tapi dengan menggunakan rule of law.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pun sudah menyatakan bahawa masa nya sudah tiba, sebuah kerajaan perpaduan yang dibina atas prinsip2 yang betul boleh diujudkan. Prinsip ini adalah prinsip universal sebuah negara yang dipilih secara demokratik, memuliakan rule of law dan menjalankan dasar2 mendorong rakyat buat baik dan menolak segala kejahatan dan kerosakan. Inilah maqasid berkerajaan.

Bahkan Encik lim pun sudah membayangkan bahawa pemimpin baru yang membentuk kerajaan yang demikian, jika datang dari pasukan BN pun tidak mengapa. Itu satu political concession yang berani dari Lim Kit Siang – sebab overriding interest nya ialah selamatkan Malaysia untuk semua.

Jangan pedulilah dengan nama2 yang disebut oleh Kit Siang tersebut. Kalau mesej demikian, disambut dengan buat pekak oleh Ku Li, maka Malaysia tidak ada masa depan.

Masa nya sudah tiba untuk si petapa dari Langgak Golf keluar dari pertapaan. Bukan kita ni menungkat langit.

Dr Mahathir sudah keluar dengan kritik nya yang paling keras. Nampaknya umur yang hampir 90 tahun tidak memperlahankan Dr Mahathir dan Dr Mahathir mempunyai masa yang cukup rasanya. Dia pernah beritahu bahawa keturunan nya berumur panjang. Jika tidak dia pergi ke Jepun untuk rawatan  mata, kritikan ini keuar bulan mac lagi.dulu, saya ada tulis suatu artikel beware the ides of March. Nyatalahlah, Mahathir tidak suffer impaired vision.

Sekarang perkara yang disebut2- yakni assassination politik keatas  Najib sudah mula bermula.

Read more at: http://sakmongkol.blogspot.com/2015/04/the-man-who-can-walk-on-water-hermit.html

 



Comments
Loading...