Najib balas kritikan Tun M


najib

Datuk Seri Najib menjelaskan dirinya menjadi mangsa kritikan Tun Dr Mahathir kerana enggan menurut kemahuan bekas Perdana Menteri Keempat itu.

(Free Malaysia Today) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tampil membalas kritikan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap diri dan pentadbirannya.

Kenyataan beliau disiarkan dalam Program Soal Jawab Edisi Khas yang disiarkan secara langsung di TV3 pada malam Jumaat.

Dakwanya, kritikan berkenaan berpunca daripada keengganannya menuruti kemahuan bekas Perdana Menteri dan ia berterusan apabila Dr Mahathir tidak bersetuju dengan beberapa dasar yang diperkenalkannya termasuk pemberian Bantuan Satu Rakyat Malaysia (BRIM).

“Saya mendengar pandangan beliau dan membawanya kepada Kabinet. Akhirnya saya perlu membuat keputusan untuk kepentingan rakyat sebagai Perdana Menteri,” jelasnya.

Beliau berulang kali mengulangi kenyataan  bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dilakukan untuk kepentingan rakyat.

Jelasnya,  beliau terbuka kepada sebarang kritikan daripada mana-mana pihak terhadap kepimpinannya. Namun, katanya,  teguran seharusnya dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

“Itu saya nak tegaskan,” kata beliau semasa diwawancara.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...