Kalau Mukhriz letak jawatan


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_MohsinAbdullah_zps3a8cda2c

Mungkinkah program pentadbiran Mukhriz memang ada tetapi kurang atau tidak dihebahkan media? Termasuk media milik atau pro-Umno atas “sebab sebab tertentu”?

Mohsin Abdullah, TMI

Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tapi kerana Mukhriz ialah anak Dr Mahathir maka ramailah orang yang membandingkan beliau dengan ayahya. Khususnya cara beliau memimpin dan memerintah.

Dan kerana Mahathir “raised the bar” semasa memerintah negara selama 22 tahun, adalah sukar bagi Mukhriz untuk mencapai tahap kejayaan yang diukir ayahnya.

Seperti yang dikatakan tadi, Mukhriz bukan Mahathir (in fact, no one else is). Mungkin Mukhriz punya caranya tersendiri dalam mentadbir Kedah. Tetapi tidak banyak yang didengari tentang apa yang beliau lakukan untuk negeri kelahiran ayahnya itu.

Bagi pengkritik Mukhriz, ini disebabkan memang tidak ada program yang diperkenalkan beliau.

Kata satu sumber Umno: “Mukhriz dilihat sebagai menteri besar yang lemah. Banyak masalah. Kedah sekarang tidak ada beza dengan zaman PAS memerintah. Lembab.”

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan apa “masalah yang banyak“ itu.

Namun mungkinkah program pentadbiran Mukhriz memang ada tetapi kurang atau tidak dihebahkan media? Termasuk media milik atau pro-Umno atas “sebab sebab tertentu”?

Walau apa pun, wujud “kumpulan” dalam Umno yang bukan penggemar Mukhriz. Itu hakikat.

Sumber Umno mendakwa “ketidakpuasan hati ketua-ketua bahagian dah lama. Sejak PRU 13. Mukhriz mereka lihat sebagai tidak ada hala tuju”.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mohsin-abdullah/article/kalau-mukhriz-letak-jawatan



Comments
Loading...