Tempat forum GST ditutup selepas Umno mahu protes
Rakyat Marhaen
Satu forum di Kluang tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengenai politik perkauman malam tadi dibatalkan selepas penceramah mendapati tempat ia dijadual diadakan, gelap dan ditutup dengan pita halangan warna merah dan putih.
Sebab tempat itu ditutup – sebuah restoran – tidak diketahui, tetapi Pemuda Umno semalam berkata mereka akan berhimpun membantah forum itu yang didakwanya berbaur “perkauman”.
Restoran Tepi Sungai Jamilah didapati ditutup apabila penceramah tiba sekitar jam 8.15 malam, kata penganjur forum itu, Sheikh Omar Ali.
Katanya, kira-kira 60 hingga 70 orang berada di sana dan separuh daripadanya adalah penyokong mereka manakala yang lain dipercyai ahli Umno dan anggota polis.
Sheikh Omar yang mewakili LayPark @ Kluang berkata beliau mengesyaki kira-kira 30 orang yang hadir di situ adalah dari Pemuda Umno kerana “mereka kelihatan mencurigakan” dan “merenung pihak penganjur dengan cara yang pelik”.