Dr M gagal jelas isu sebenar 1MDB, kata Pemuda Umno


Tun Faisal Ismail Aziz

(The Malaysian Insider) – Seorang bekas anggota Exco Pemuda Umno hari ini berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menjelaskan isu sebenar mengenai syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ia termasuk hakikat 1MDB merupakan sebuah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat itu tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin oleh kerajaan.

Tun Faisal Ismail Aziz berkata Dr Mahathir tidak meyampaikan fakta hanya RM5.8 billion hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan dan baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi.

Sedangkan Dr Mahathir dalam tulisan di blognya cuba memberi gambaran seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya, kata beliau.

Dalam tulisan di blognya tun faisal dot com, beliau turut menjelaskan hakikat 1MDB membayar secara penuh hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB bank Berhad pada 13 Feb 2015, lebih awal dari tempoh berakhir pinjaman mengikut syarat yang ditetapkan dan baki sebanyak RM3.5 bilion ditukar kepada hutang jangka panjang berakhir pada Ogos 2024.

Penjelasan itu bagi menjawab dakwaan  1MDB gagal membayar hutang sebanyak RM5.5 bilion yang dipinjamkan oleh lima buah bank, iaitu Maybank (58.9%), RHB (32.4%), Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...