Kenyataan bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang


PAS-PP

SOKONGAN PENUH KEPUTUSAN DAN PENDIRIAN DPPN PULAU PINANG 

1. Berhubung perkara di atas, adalah ditegaskan kebersamaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan (DPPK) dengan keputusan dan pendirian Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 Februari 2015 yang lalu.

2. Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadap Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka untuk memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Tuan Guru Presiden PAS.

3. Kami juga ingin zahirkan, suara kekecewaan daripada pemuda peringkat akar umbi khususnya di kawasan-kawasan kami terhadap Ketua Pemuda PAS Malaysia, Saudara Suhaizan Kaiat yang dilihat begitu tidak budiman dalam menguruskan perkara ini sedangkan yang dikecam oleh rakan kita adalah Tuan Guru Presiden kita sendiri.

4. Adalah dipertegaskan di sini bahawa, pendirian DPPNPP bukanlah pendirian peribadi Ketua Pemudanya sahaja malah, adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP. Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua Exco DPPK kami.

5. Kami anak muda Pulau Pinang, akan sentiasa berdiri teguh menunjangi kepimpinan ulama’ yang dikemudikan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Presiden dalam menegakkan cita-cita untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

Terus Beristiqamah.

Kenyataan Bersama:

1. Ir. Wan Ahmad Rafaie Bin Abdul Rashid
KP DPPK Permatang Pauh

2. Ahmad Taufiq Bin Saedon
KP DPPK Bagan

3. Ahmad Fahmi Bin Mohd
KP DPPK Balik Pulau

4. Syed Mohd Nazri Bin Syed Ibrahim
KP DPPK Bukit Mertajam

5. Mohd Najib Bin Hamsi
KP DPPK Batu Kawan

6. Zulazhar Bin Mohamad
KP DPPK Nibong Tebal

7. Rizal Hafiz Bin Roslan
KP DPPK Tasek Gelugor

8. Mohd Hafiz Bin Kasim
KP DPPK Kepala Batas

 



Comments
Loading...