TH buat laporan polis terhadap The Benchmark


Datuk-Johan-Abdullah-buat-laporan-polis

Artikel yang disiarkan blog berkenaan telah memanipulasi fakta sebenar mengenai pelaburan TH

(Free Malaysia Today) – Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis terhadap artikel yang disiarkan di blog, The Benchmark, yang memanipulasikan fakta sebenar.

Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Johan Abdullah di Balai Polis Dang Wangi pada petang Khamis.

Dalam laporan polis itu, Johan menyatakan artikel yang disiarkan oleh blog itu telah memanipulasikan fakta sebenar mengenai pelaburan yang dibuat oleh TH menerusi pembelian sebidang tanah di Tun Abd Razak Exchange (TRX).

Katanya, pembelian tanah untuk pembinaan Service Apartment itu dibuat dengan betul selepas melalui proses dalaman yang ditetapkan oleh TH.

Katanya, tanah itu dibeli dengan harga RM188.5 juta mengikut harga pasaran semasa selepas dinilai oleh penilai bebas profesional.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...