Pas keluar PR jika kumpulan liberal kalah


Khalid-Samad

Pas akan menjadi ekstremis dan mengubah senario politik negara menjadikan UMNO/BN terus kekal berkuasa

(Free Malaysia Today) – Pas akan ‘berwajah baru’ dan lebih ekstremis sekiranya calon yang dilabelkan golongan liberal kalah dalam pemilihan parti pada Jun ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, Pas berwajah baru itu akan lebih mirip kepada Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA yang ekstremis.

Katanya, jika kekalahan itu berlaku, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat dan senario politik negara ini akan berubah.

“UMNO/BN yang ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk, akan mendapat talian hayat yang baru. Ini kerana ketiadaan saff (barisan) yang bersatu untuk menentangnya.

“Hasil usaha yang bersikap ‘ekstrimis’, UMNO/BN akan kekal berkuasa. Sedangkan ia lebih sukar untuk Pas berkembang di bawah BN kerana disekat dari setiap pelusuk dan yang berlaku sebaliknya di bawah PR,” kata Khalid dalam blognya, khalidsamad.com

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...