Ke mana arah Shafie Apdal?


shafie_apdal

Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. Bahkan beliau dilihat mempunyai peluang untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua namun ia berubah selepas terjebak dengan skandal.

(Free Malaysia Today) – Satu ketika karier politiknya begitu menyerlah. Beliau mungkin menjadi satu-satunya ahli politik dari Sabah yang mendapat keutamaan termasuk jemputan untuk menyambut hari jadi Perdana Menteri yang dibuat secara peribadi dan macam-macam lagi.

Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. Bahkan beliau dilihat mempunyai harapan yang cerah untuk menyandang portfolio kanan dalam pentadbiran Perdana Menteri Kelima.

Zahida-Mohamed-Rafik

Bagaimanapun, reputasinya terjejas selepas dikatakan berskandal dengan seorag pelakon. Rentetan cerita demi cerita, peluangnya semakin tergugat selepas Ahli Parlimen Semporna itu diheret dalam kes saman RM100 juta membabitkan seorang pelakon dan pemandunya yang didakwa melesapkan wang RM200,000 yang dikatakan diberikan Shafie kepada pelakon berkenaan.

Dalam pendedahannya, pemandu berkenaan mendakwa Shafie mengajinya untuk memantau pergerakan pelakon berkenaan dengan melaporkan apa yang dilakukannya.

Pemandu berkenaan turut mendakwa pelakon berkenaan menerima RM1.4 juta daripada Shafie, memiliki BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan rumah bernilai RM2.9 juta.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...