PAS boleh keluar dari Pakatan Rakyat


teng hudud

Jika Pas mahu melaksanakan hudud, parti itu boleh keluar dari Pakatan Rakyat kerana undang-undang itu tidak termasuk dalam kerangka gabungan parti pembangkang.

(Free Malaysia Today) – DAP sekali lagi mencabar Pas, rakan sekutunya supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) jika terus berdegil mahu melaksanakan hudud.

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim berkata, Pas boleh meninggalkan gabungan pembangkang kerana isu hudud tidak termasuk dalam kerangka PR.

“Dalam kerangka Pakatan Rakyat, tiada pelaksanaan undang-undang hudud. Kamu (Pas) bersetuju, kamu kekal dalam PR. Kamu tidak bersetuju, kamu keluar. Itu sahaja,” tulisnya di Facebook.

Sebagai bantahan kepada Pas, EXCO Kerajaan Tempatan dan Penyelidikan Selangor itu menyarankan Pas supaya tidak menganjurkan sebarang program di Selangor .

“Kenapa pula kamu (Pas) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud untuk memperjuangkan hudud?

“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?,” tulisnya Facebook itu.

Ketika dihubungi, Teng menafikan program yang dimaksudkan itu adalah Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini seperti yang telah dilaporkan di media sosial.

“Ini fitnah. Biar orang yang buat fitnah ini jawab pada akhirat nanti,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...