1MDB RE jawab isu pembelian tanah oleh TH


Datuk-Azmar-Talib

1MDB RE melabur sebanyak RM3.8 bilion untuk membina infrastruktur bertaraf antarabangsa di kawasan pembangunan itu sebelum menjual kepada pelabur.

(Free Malaysia Today) – Rundingan untuk membeli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) telah bermula awal 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Real Estate Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib berkata, ia dibuat menerusi bidaan menerusi proses memorandum pelaburan 1MDB RE.

Jelasnya, 1MDB RE menerima tawaran lebih tinggi untuk plot itu tetapi pihaknya mahu membangunkan TRX sebagai hab kewangan Islam antabangsa dengan penglibatan TH.

“Walaupun kami menerima tawaran lebih tinggi untuk plot yang sama, tetapi kami memilih untuk bekerjasama dengan Tabung Haji.

“Kami ingin membangunkan TRX sebagai hab kewangan antarabangsa dan penglibatan Tabung Haji yang menjadi satu dana Islam bertaraf global adalah sesuatu bernilai kepada kami,” katanya yang dilaporkan Utusan Malaysia.

Azmar berkata, tindak timbul dakwaan 1MDB mendapat keuntungan besar apabila menjual tanah berlipat kali ganda berbanding harga asal yang dibeli daripada kerajaan.

Katanya, 1MDB RE perlu melabur sebanyak RM3.8 bilion untuk membina infrastruktur bertaraf antarabangsa di kawasan pembangunan itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...