Mahathir nak buat parti baru kalau Najib tak letak jawatan


mahathir-najib

(Utara News) – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan menubuhkan sebuah parti politik baharu demi ‘menyelamatkan’ masa depan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Dakwaan tersebut berlaku selepas Tun Mahathir bertindak mengeluarkan kenyataan terhadap masa depan negara yang akan hancur jika Kerajaan Persekutuan dikuasai oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU14 nanti.

Tun Mahathir berkata, jika UMNO gagal meneruskan penguasaan dalam pilihan raya akan datang, perkara buruk pasti berlaku sekiranya PR berjaya menguasai pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Beliau melihat PR tidak mempunyai keupayaan untuk menguruskan pentadbiran negara memandangkan ketiga-tiga parti terlalu mementingkan perjuangan mereka tersendiri sepertimana berlaku di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Pembangkang tidak akan mengubah apa-apa kepada negara sekiranya menang PRU akan datang.

“Kalau kalah kepada pembangkang, tak jadi apa pun.  Jadi kita kalau dapat kena turunkan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan pulihkan Umno,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut sudah memperjelaskan ‘keinginan’ Tun Mahathir melakukan ‘kejutan’ dengan bertindak menubuhkan sebuah parti politik baharu untuk menyaingi UMNO dan PR pada PRU14 nanti.

Perkara tersebut pastinya ditungu-tunggu oleh ‘jutaan’ penyokong Tun Mahathir yang sebelum ini sangat setia kepada beliau sehingga sanggup mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya.

Namun begitu, adakah pemimpin-pemimpin yang berada bersama Tun Mahathir sudah bersedia menjadi mangsa ‘kritikan’ jika gagal melaksanakan arahan daripada beliau?

 



Comments
Loading...