Luahan hati Timbalan Presiden Umno – 1MDB


Muhyiddin_apanama_umno_1mdb_600

Apanama

Kesimpulannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat pendirian yang amat jelas berhubung skandal 1MDB serta langkah serta merta yang harus diambil demi masa depan parti, kerajaan dan negara.

Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan yang begitu jelas dihadapan beberapa pemimpin tertinggi Umno dan Kerajaan serta ratusan pemimpin akar umbi bahawa seluruh lembaga pengarah 1MDB harus dipecat dan ‘POLIS dipanggil untuk menyiasat mereka’.

Kepada mereka yang masih percaya bahawa masalah negara pada masakini ialah kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, sila fikir semula. Ini adalah masalah besar yang akan membuat kita terjerumus dengan beban hutang yang jauh mengatasi kemampuan.

Hentikanlah cemuhan dan cacian keatas Dr Mahathir. Media arus perdana, terutamanya TV3 hanya cuba menegakkan benang yang sudah kuyup.

Secara peribadi saya agak lega kerana masih ada lagi pemimpin tertinggi negara yang mampu melihat serta memahami isu sebenar yang cuba diselesaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Masih ada harapan rupanya.

Read more here



Comments
Loading...