Rahman Dahlan sokong Muhyiddin pecat Lembaga Pengarah 1MDB


rahman-dahlan-muhyiddin

Dahlan yakin penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai skandal itu.

(Free Malaysia Today) – Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yakin penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai skandal itu.

“Namun, saya tidak pasti bahawa jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar,” katanya.

Abdul Rahman bagaimanapun berkata, tindakan memecat pemecatan itu haruslah menjadi pilihan kedua kerana Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah menyatakan persetujuan untuk memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara.

Bahkan, mereka juga sedia untuk membantu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjalankan siasatan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...