Hati Hadi Awang sudah bersama Umno, kata DAP


hadi-lim-guan-eng

(The Malaysian Insider) – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat (PR).

Lim berkata, pendapat itu diluahkannya berdasarkan kecenderungan Hadi terhadap Umno berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

“Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.

“Hadi membuktikan walaupun tubuh badannya masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno,” kata Lim seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...