Menteri yang tak faham 1MDB digesa letak jawatan


shahrir-samad_1mdb

Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggung jawab bersama dan mana-mana Menteri yang masih enggan memahami isu itu dianggap telah melanggari keputusan bersama.

(Free Malaysia Today) – Menteri yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun membuat keputusan bersama dalam mesyuarat Kabinet digesa supaya melepaskan jawatan.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Tegasnya, Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggung jawab bersama dan mana-mana Menteri yang masih enggan memahami isu itu dianggap telah melanggari keputusan bersama.

“Prinsip Kabinet, prinsip tanggung jawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan bersama.

“Pilihankan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri…itu tak jadi masalah, kalau ada Menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet),” katanya

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li pada Isnin dilaporkan berkata, keseluruhan Kabinet perlu dipertanggungjawab atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

Ku Li berkata jika Menteri Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...